Wednesday, December 15, 2010

Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah

Sekiranya dalam ayat Cakap Ajuk terdapat kata tanya , misalnya
bagaimana, ke mana, siapa dan sebagainya. Apabila ditukarkan
kepada Cakap Pindah, adakah kata-kata tersebut perlu digugurkan dan
digantikan dengan kata-kata yang lain?
Jawaban:
Kata tanya dalam cakap ayat ajuk hendaklah ditukarkan dengan perkataan yang sepatutnya dalam cakap pindah. Sebagai contohnya:
1. “Bagaimanakah menangani masalah ini?” tanya Samad kepada Harun.
Jawaban: Samad bertanya kepada Harun tentang cara untuk menangani masalah itu.
2. “Kamu hendak ke mana?” tanya Bakri kepada Manaf.
Jawaban: Bakri menanyai Manaf tentang tempat yang hendak ditujuinya.
3. “Wanita yang cantik itu siapa?” tanya Encik Munir kepada Encik Fauzi.
Jawaban: Encik Munir bertanya kepada Encik Fauzi tentang nama/jawatan/status wanita yang cantik tersebut


No comments:

Post a Comment

Rahsia Orang Malas Jana Duit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...