Saturday, December 11, 2010

Petua Menulis Rumusan

PERATURAN MERUMUS

i. Perlu mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan
ii. Asingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti
iii. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan
iv. Jumlah isi tersurat dan tersirat adalah antara dua hingga lapan isi dan boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi jumlah patah kata
v. Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus. Tukar dengan perkataan lain atau tukarkan penanda wacana
vi. Rumusan mesti ditulis dalam empat peranggan iaitu peranggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan

CONTOH PENDAHULUAN

1. Menulis frasa pendahuluan
CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/ menyatakan...

2. Tukarkan arahan satu dengan sinonim
CONTOH: Petikan membincangkan punca-punca/ sebab- sebab penderaan pembantu rumah...

3. Letakkan penambahan sedikit pada hujung ayat yang menggambarkan keseluruhan petikan seperti di negara kita/ pada masa ini / dalam kalangan ...
CONTOH: Petikan membincangkan perkara-perkara yang mendorong majikan mendera pembantu rumah mereka di negara ini.

CONTOH ISI TERSURAT

I: Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara langsung dalam petikan memenuhi arahan soalan / tugasan pertama.
II, Jika arahan soalan ialah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.
III. Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal
IV. Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.

CONTOH ISI TERSIRAT

I. Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas kedua dalam arahan soalan
II. Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka pelajar hendaklah menulis kesan yang munasabah.
Contoh :
Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan

CONTOH PENUTUP

I. Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan dua unsur yang dapat menyimpul / merumus petikan
II. Unsur pertama - menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan dengan kata... mestilah/ haruslah / hendaklah.
III. Unsur kedua - menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini ditandakan dengan kata ... agar / supaya

Contoh :
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi.

No comments:

Post a Comment

Rahsia Orang Malas Jana Duit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...